Alhamdulillah.
Cuba tengok alam, cantik kan?
Kalau agak-agak korang rasa stress, tengok alam pun dah boleh rasa tenang.
Sambil-sambil tu pujilah Allah.
Sebab Dia yang ciptakan alam ni.
Jangan puji ciptaan Dia je, Pencipta tu sendiri yang jauh lebih layak untuk dipuji.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tak susah pun nak sebut.
Aku suka amik gambar.
Merakamkan keindahan---> alam.
Merakamkan kenangan---> kawan2.
Korang pun mesti suka amik gambar kan?
Lagi2 kalau guna DSLR.
Gambar biasa2 pun akan jadi sangat cun!
Betul aku cakap.
Tapi aku takde benda alah tu.
Tak mampu lagi nak beli.
Kamera besar gedabak, harga pun 'besar gedabak' jugak.
Aku ada cita2 dan impian nak beli.
Huh, macam apa je-cita2 dan impian tuh!
Yelah, nak tunggu orang hadiahkan macam takkan ada je.
Ada ke?
Aku banyak amik gambar, ataupun copy gambar2 yang kawan2 aku amik.
Maknanya gambar aku dengan diorang la.
Kalau ada buat program ke, keluar sama-sama ke, aktiviti bersama ke...
Lagi-lagi kalau member2 kahwin.
Antara peristiwa penting yang perlu dirakam.
Sebab kat situ jugak boleh jumpa geng2 lama.
Dalam kata lain, re-union.
Yang lama sangat-sangat-sangat tak jumpa pun ada.
Best!
Sangat!
Ni nak nasihat sikit.
Kalau rasa gambar korang sangat lawa sekalipun, especially perempuan la kan.
Hm, tak payahla nak show off kat semua orang.
Sebab korang ni "mahal" tau tak.
Tak payah nak pamerkan aset korang kat satu dunia.
Lagi-lagi via internet sekarang, kejap je gambar tersebar kat mana-mana.
Kalau simpan buat koleksi peribadi je pun apa salahnya.
Bukan tak boleh. (pandangan aku)
Tapi ada je yang kata tak boleh. (pandangan orang lain)
Aku tak nak menghukum orang.
Rilex la.
Cuma, tapis la yang mana tak perlu, atau kurang sopan.
Atau tak menutup aurat. (pakai tak proper ke apa)
Tak kesian ke kat suami korang nanti?
Patutnya korang tunjuk kecantikan tu kat dia je.
Ni semua orang pun boleh share.
Dah tak exclusive la macam tu.
Wanita itu indah.
Kalau korang belum kahwin sekalipun...
Kesian la kat mak ayah korang.
Free2 je tanggung dosa anak2 yang dedah aurat sana-sini.
Apa yang bestnya tayang kat semua orang?
Lepas tu gambar korang senang-senang je kena ciplak.
Bukan susah nak copy paste.
Klik-klik kat hujung jari je.
Dari mata turun ke hati.
Aku bukan nak cakap pasal jatuh hati.
Maksud aku, dosa mata (pandangan)
Lepas tu turun ke hati.
Mana la hati tu tak hitam, berkarat, gelap.
Astaghfirullah...T_T
Aku cakap ni bukan sebab aku rasa aku ni baik.
Bukan rasa aku ni bagus.
Alim jauh sekali.
Aku cuma nak pesan.
Sebab...
Di Antara Sifat Mukminin Dalam Al-Quran:
Mereka Berpesan-pesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran.
Sama-sama kita pupuk sifat ni dalam diri.
Tak rugi pun.
Jaga diri baik-baik.
Aim---> Mardhatillah.
Dunya wal akhirah.
Insyaallah.
No comments:
Post a Comment