Friday, February 11, 2011

Nikmat dan syukur.

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat tadi.
Tentang nikmat, tentang syukur.
Syukur.
Senang je lafaz di mulut.
Tapi cuba cek kat hati.
Betul-betul syukur tak?

Nikmat mata, satu nikmat.
Nikmat penglihatan, satu nikmat yang lain.
Berbeza.

Kenapa?
Sebab, ada orang yang mempunyai mata, tapi dia tak dapat melihat.
Dalam kata lain, buta.
Means that, ada dua nikmat kat situ.
Faham?
Itu satu contoh.
Begitu juga dengan anggota badan yang lain.
(Fikir sendiri)



Subhanallah!
Bayak kan nikmat Allah bagi?
Kita je yang tak sedar.
Aku pun kadang-kadang lalai jugak.
Isk. T_T

Syukur. Lafazkanlah. Alhamdulillah.

Seperkara lagi aku nak kongsi.
Seorang penulis buku, bila dia menulis, mesti start dengan "bismillah" dan "alhamdulillah".
Seorang khatib, bila membaca khutbah, mesti start dengan "bismillah" dan "alhamdulillah".
Alhamdulillah bermaksud segala puji bagi Allah.
(Aku nak cakap pasal pujian)

Perasan tak?
Melainkan kalau korang tak baca muqaddimah buku tu.
Atau korang tak dengar khutbah jumaat.
(Tapi mesti korang ada dengar ceramah-bagi perempuan)

Sebab?
Kerana apa yang dimulakan adalah nikmat daripada Allah.
Nikmat apa?
Nikmat ilmu, nikmat nasihat, nikmat kata-kata yang baik.
Allah bagi nikmat untuk kita rasa semua tu.
Lepas tu boleh kongsi dengan orang lain.

Nak katanya kat sini, orang yang bercakap dan orang yang menulis tu, dia puji Allah.
Sebab Allah yang bagi nikmat.
Mendahulukan pujian terhadap pemberi nikmat sebelum menceritakan nikmat (kata-kata yang baik, nasihat, etc) tersebut.

Korang sedar tak benda-benda tu semua adalah nikmat?
Bila dengar ceramah tadi, aku baru perasan, baru sedar.
Selama ni aku tak terfikir macam tu pun.
Jahilnya aku.
Bila aku tau banyak benda, aku rasa lagi banyak benda yang aku tak tau.

Aku tak nak tulis panjang-panjang.
Tapi jadi panjang jugak.
Maaflah kalau korang rasa ayat aku agak berbelit-belit.
Kalau rasa nak tegur, silakan.

Aku masih belajar.
Banyak lagi yang aku tak tau.
Alhamdulillah Allah bagi aku peluang tambah ilmu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

2 comments:

  1. salam...

    syukur dapat singgah sini....*saya folo ur blog..**2

    ReplyDelete