Monday, March 7, 2011

Macam mana nak jadi baik? (I)


Bismillah.
Alhamdulillah.

Kali ni aku nak share satu cerita. Petikan je sebenarnya. From a novel.

*********************************************************************************

Agree.” Minn angguk. “So, apa dia punya definition of ‘baik’? Kerusi ditarik sebelum dia duduk.
Definition dia mudah je. Sesiapa yang beriman dengan Allah tu ‘baik’.”
Dahi Minn sedikit berkerut. “Maksud?”
Jasmin meluruskan telunjuk kanannya. “Lepas tu dia tanya balik, ‘beriman dengan Allah tu macam mana?”. Dia kata ‘apabila kita buat semua benda yang Allah suruh dan tinggalkan benda yang Dia larang, tu baru namanya ‘baik’.”
“Amar makruf nahi mungkar.” Minn menyambung.
“Betul.” Jasmin menganggukkan kepada. “Kiranya kat situ dia emphasize yang untuk jadi baik ni memang kena secara holistik la gitu. Selagi ada benda yang tak settle betul-betul, maknanya selagi tu la definisi ‘baik’ tu tak tercapai lagi.”
“Contoh?”     
“Hmm…” Jasmin menggosok dagu cuba mengingat. “Ingat al-Baqarah 208?” Dia memandang Minn.
“Masuklah ke dalam Islam  secara seluruhnya.”
Spontan Minn menjawab. Memang ingat ayat tu. Sebab selalu disebut dalam waktu sesi-sesi perkongsian.
(petikan dari novel ‘Versus’ oleh Hlovate)

Wednesday, March 2, 2011

Di hujung lensa.

Bismillah.
Alhamdulillah.

Cuba tengok alam, cantik kan?
Kalau agak-agak korang rasa stress, tengok alam pun dah boleh rasa tenang.
Sambil-sambil tu pujilah Allah.
Sebab Dia yang ciptakan alam ni.
Jangan puji ciptaan Dia je, Pencipta tu sendiri yang jauh lebih layak untuk dipuji.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tak susah pun nak sebut.

Aku suka amik gambar.
Merakamkan keindahan---> alam.
Merakamkan kenangan---> kawan2.
Korang pun mesti suka amik gambar kan?
Lagi2 kalau guna DSLR.
Gambar biasa2 pun akan jadi sangat cun!
Betul aku cakap.
Tapi aku takde benda alah tu.
Tak mampu lagi nak beli.
Kamera besar gedabak, harga pun 'besar gedabak' jugak.

Aku ada cita2 dan impian nak beli.
Huh, macam apa je-cita2 dan impian tuh!
Yelah, nak tunggu orang hadiahkan macam takkan ada je.
Ada ke?


Aku banyak amik gambar, ataupun copy gambar2 yang kawan2 aku amik.
Maknanya gambar aku dengan diorang la.
Kalau ada buat program ke, keluar sama-sama ke, aktiviti bersama ke...
Lagi-lagi kalau member2 kahwin.
Antara peristiwa penting yang perlu dirakam.
Sebab kat situ jugak boleh jumpa geng2 lama.
Dalam kata lain, re-union.
Yang lama sangat-sangat-sangat tak jumpa pun ada.
Best!
Sangat!

Ni nak nasihat sikit.
Kalau rasa gambar korang sangat lawa sekalipun, especially perempuan la kan.
Hm, tak payahla nak show off kat semua orang.
Sebab korang ni "mahal" tau tak.
Tak payah nak pamerkan aset korang kat satu dunia.
Lagi-lagi via internet sekarang, kejap je gambar tersebar kat mana-mana.
Kalau simpan buat koleksi peribadi je pun apa salahnya.

Bukan tak boleh. (pandangan aku)
Tapi ada je yang kata tak boleh. (pandangan orang lain)
Aku tak nak menghukum orang.
Rilex la.
Cuma, tapis la yang mana tak perlu, atau kurang sopan.
Atau tak menutup aurat. (pakai tak proper ke apa)
Tak kesian ke kat suami korang nanti?
Patutnya korang tunjuk kecantikan tu kat dia je.
Ni semua orang pun boleh share.
Dah tak exclusive la macam tu.
Wanita itu indah.

Kalau korang belum kahwin sekalipun...
Kesian la kat mak ayah korang.
Free2 je tanggung dosa anak2 yang dedah aurat sana-sini.

Apa yang bestnya tayang kat semua orang?
Lepas tu gambar korang senang-senang je kena ciplak.
Bukan susah nak copy paste.
Klik-klik kat hujung jari je.
Dari mata turun ke hati.
Aku bukan nak cakap pasal jatuh hati.
Maksud aku, dosa mata (pandangan)
Lepas tu turun ke hati.
Mana la hati tu tak hitam, berkarat, gelap.
Astaghfirullah...T_T

Aku cakap ni bukan sebab aku rasa aku ni baik.
Bukan rasa aku ni bagus.
Alim jauh sekali.
Aku cuma nak pesan.
Sebab...

Di Antara Sifat Mukminin Dalam Al-Quran:

Mereka Berpesan-pesan Dengan Kebenaran Serta Berpesan-pesan Dengan Kesabaran.



Sama-sama kita pupuk sifat ni dalam diri.
Tak rugi pun.
Jaga diri baik-baik.
Aim---> Mardhatillah.
Dunya wal akhirah.
Insyaallah.

Monday, February 14, 2011

Tegur.

Bismillah.
Alhamdulillah.

Pernah tegur orang?
Pernah kena tegur?
Ni bukan tegur "hai" or "hello" dengan tujuan untuk beramah mesra.
Tapi teguran yang berunsur kritikan or dengan tujuan nak bagi nasihat.

Agak-agak kalau kena tegur, korang terasa hati tak?
Bagi aku, depends la.
Tengok keadaan.
Dia tegur sebab apa?
Mesti ada reason kan?
Kalau memang aku buat salah, aku akan terima.
Walau sakit.
Sakit hati la maknanya.
(sebab tegur tak kena cara, perli ke apa)
Dan aku akan cuba betulkan salah tu.
Serta cuba untuk tidak ulangi kesalahan yang sama.

Tapi...
Kalau nak tegur orang pun agak-agak la sikit.
Fikir perasaan orang tu.
Jangan main hentam je.
Jangan pergi sound direct kat orang tu.
Jangan tegur depan orang ramai.
Malu weh!
Kena jaga air muka orang.

Tak kira la member yang kau suka ke, tak suka ke...
Even orang tu musuh korang sekalipun.
Kita ada adab.
Nak tegur orang ni ada adab-adab dia.
Dan aku tak nak ulas pasal adab menegur orang.
Cuma aku nak cakap pasal ni je.


Lagi satu.
Kalau korang yang ditegur ni pulak, janganla melenting tak tentu pasal.
Even korang rasa korang tak buat benda salah.

Kenapa aku cakap macam ni?
Ok, be rational.
Jangan letakkan emosi kat depan, especially orang perempuan.
Buang ego tu kejap, especially orang lelaki.
Hebat sangat ke sampai tak boleh kena tegur langsung?
Korang tak perfect la.
Aku pun sama.

Sambung balik.
Korang terima teguran tu dulu.
Then fikir, muhasabah balik.
Kalau apa yang dia cakap tu betul, korang baiki la apa yang salah tu.
Kalau apa yang dia cakap tu tak betul pulak, korang abaikan je.
Tak payah nak hangin or cari gaduh pulak.
Buang masa, buang tenaga.
Tak payah kecoh-kecoh.

Anggap je Tuhan nak uji korang.
Dengan orang-orang yang macam tu.
Supaya korang lebih sabar.
Faham?
Think positive.

Aku bukan nak bagi tazkirah, cuma nak pesan je.
Untuk diri aku terutamanya.
Sebab tangan ni yang menaip, mata aku yang baca, hati aku yang merasa.
Dari aku untuk aku sendiri.
Dan korang yang rasa nak baca.

Addin (agama) itu nasihat.
Nasihatlah dengan cara yang baik.
Kata-kata yang baik itu juga sedekah.
Berlapang dada dengan setiap teguran.
Mungkin dalam banyak2 teguran tu ada yang Allah nak tegur kita?
Siapa tau...
Wallahu a'lam.

Sunday, February 13, 2011

Sangka lagi.

Bismillah.
Alhamdulillah.


Ni kira kesinambungan daripada entri aku sebelum ni.
Aku tak nak tulis panjang-panjang sebenarnya.
Nanti penat nak baca.
Tapi kalau dah 'ter'panjang jugak nak buat macam mana kan?
Nasib la.

Sambung.

Yang tak belajar agama or takde basic agama tak semestinya jahil.
Ada je kengkawan aku yang tak belajar sekolah agama pun, tapi...
Boleh bagi tazkirah, keluar dalil, hafaz Qur'an.
Boleh berceramah macam ustaz.
Berjubah dan berserban. (lelaki)
Berjubah dan tudung labuh. (perempuan)
Even diorang masuk U tak amik kos agama.

Kadang-kadang akhlak diorang lagi baik.
Mungkin juga hati diorang lagi bersih.
Benda ni tak nampak, so kita tak layak nak nilai.
Allah je yang tau.

Sebaliknya...
Ada je kengkawan aku yang belajar sekolah agama, tapi...
Tudung labuh entah ke mana.
Makin lama makin singkat.
Baju pun makin lama makin kecik.
Best ke pakai baju adik?
Best ke tayang "shape" korang kat orang?
Dah terbalik.

Aku teringat masa aku gi dengar kuliyah minggu lepas.
Ustaz ada sebut...
Kenapa yang ada background agama (didikan agama dll) sama je macam yang takde pengetahuan agama.
Kenapa yang sekolah agama, even yang hafaz Qur'an, tapi tak jaga akhlak.
Nampak macam thiqah, tapi hampeh.

Masa tu ustaz cerita pasal hadis apa entah.
Dan sirah sahabat kalau tak silap aku.
(aku masuk lambat)

Sebabnya, kita belajar tak macam sahabat-sahabat Nabi dulu.
Diorang belajar, diorang buat.
Diorang belajar, diorang praktis sungguh-sungguh.
Al-Qur'an, hadis, diorang amal.
Lagipun, apa-apa hal diorang refer Nabi terus.

Kita?
Sekadar baca, tapi tak faham maksud.
Sekadar khatam, lepas tu simpan buat perhiasan.
Sekadar hafaz, tapi tak amal.
Belajar sikit, dah rasa banyak ilmu.
Aku tak cakap kat orang lain, benda-benda ni semua berbalik pada diri aku.
Dush!
Kena kat diri sendiri.

Orang-orang yang nampak baik dan alim dari segi luaran ni lagi kuat cabarannya.
Sebab orang sekeliling punya expection tinggi.
Orang akan nampak "dia ni baik, di ni wara', dia ni thiqah..." etc etc.
Macam-macam assumption.
Sebab orang suka judge dan akan judge macam tu.
Basically macam tulah. (aku akui tak semua)

Kalau buat salah sikit terus nampak.
Kalau buat salah sikit terus orang bercakap.
Sebab nampak. Sangat. Ketara.

Padahal mungkin yang berkopiah serban baru nak berubah.
Padahal mungkin yang bertudung labuh jubah baru nak istiqamah.
Padahal mungkin yang berpurdah baru nak lebih menjaga diri dari fitnah.
Kita tak tau masa silam dan sejarah diorang kan?

Jadi, jangan cepat menghukum orang.
Jangan kata "dia ni nampak je baik, tapi......"
Tolong jangan.
Jangan tambah dosa free.
Korang ingat korang tu pun baik sangat ke?
(Ok aku cakap kat diri sendiri jugak)

Sebaliknya, tolong doakan diorang.
Biar Allah permudahkan apa yang diorang buat.
Mudahkan diorang untuk berubah.
Mudahkan diorang untuk istiqamah.
Sokong dan bagi semangat.
Doakan aku juga.
Aku nak redha Allah.

Allah. Allah. Allah.

Saturday, February 12, 2011

Bersangka.

Bismillah.
Alhamdulillah.


Manusia ni suka sangat bersangka-sangka.
Judge orang macam tu la, macam ni la.
Ikut suka hati dia.
Korang camane?

Aku pun pernah.
Tipu la kalau tengok orang tak pernah terdetik pape dalam hati.
Husnuzzon je sepanjang masa.
Innocent betul.
Jiwa suci je, bersih.
Hati aku ni banyak karat, susah nak hilangkan.
Tapi aku berusaha untuk hilangkan jugak!

Biasanya (memang macam tu pun) kalau tengok orang berpakaian sopan, bertudung litup, lagi-lagi tudung labuh, apatah lagi yang berpurdah, mesti korang rasa dia sangat baik dan tinggi ilmu agama kan?
Aku belum habis cerita ni.
Bukan nak suruh korang suudzon.

Kalau lelaki pulak, yang berkopiah, pakai baju ala-ala baju raihan, apatah lagi yang berjubah dan berserban, mesti nampak soleh je kan?
Husnuzzon, bagus. Alhamdulillah.

Aku ada ramai kawan-kawan macam ni.
Dan aku selesa dengan diorang.
Sebab apa?
Sebab aku rasa diorang ni baik. (memang diorang baik pun)
Dan diorang buat aku rasa nak jadi baik, dan makin baik.
Dari segala segi la.
Akhlak, ibadah, etc.

Tapi, aku cuma nak pesan 1 benda.
Jangan pandang rendah orang-orang yang tidak berpenampilan seperti golongan di atas.
Jangan pandang diorang sebelah mata je.
Sebab, diorang mungkin lebih baik dari segi "dalaman".
Walaupun luaran nampak tak berapa sempurna.
Aku kata "mungkin".
Dalam masa yang sama, korang doakanlah diorang ni dapat hidayah.
Berubah untuk jadi lebih baik.
Masa depan, kita tak tau.

Jangan nak berbangga sangat kalau korang berpenampilan "sempurna".
Maksud aku, dari segi menutup aurat.
Dah ada gaya ustaz ustazah.
Bagus dah, tapi...
Jaga-jaga, jangan sampai timbul riya' dan ujub.
Yang penting lagi, kena jaga akhlak.
Terlebih kena jaga.
Sebab orang pandang tinggi pada korang, sebab korang nampak baik.

Jadi, minta dengan Allah supaya korang jadi baik seperti apa yang diorang sangka.
Malah boleh jadi lebih baik lagi.
Means that korang (termasuk aku sekali) kena sentiasa improve diri.
Mengerti?

Jadi baik dan lebih baik.
Berusaha ke arah itu.
Semoga Allah makbulkan.
Amiin.

Nama blog ni.

Bismillah.
Alhamdulillah.


Kenapa "dalam jiwa hamba"?
Aku malas nak fikir panjang.
Aku tak tau nak letak nama apa.
Aku tak tau nama yang "thiqah", yang "sopan", or yang "advanced" ke apa benda semua tu.

Aku rasa ok je nama blog ni.
Untuk aku la.
Sebab aku sedar aku hamba.
Dan mengingatkan diri sendiri yang aku ni hamba.
Jiwa aku, jiwa hamba.
Tak punya apa-apa.
Itu je, simple.
Dah.

Wassalam.

Friday, February 11, 2011

Nikmat dan syukur.

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ni aku nak kongsi sikit ilmu yang aku dapat tadi.
Tentang nikmat, tentang syukur.
Syukur.
Senang je lafaz di mulut.
Tapi cuba cek kat hati.
Betul-betul syukur tak?

Nikmat mata, satu nikmat.
Nikmat penglihatan, satu nikmat yang lain.
Berbeza.

Kenapa?
Sebab, ada orang yang mempunyai mata, tapi dia tak dapat melihat.
Dalam kata lain, buta.
Means that, ada dua nikmat kat situ.
Faham?
Itu satu contoh.
Begitu juga dengan anggota badan yang lain.
(Fikir sendiri)



Subhanallah!
Bayak kan nikmat Allah bagi?
Kita je yang tak sedar.
Aku pun kadang-kadang lalai jugak.
Isk. T_T

Syukur. Lafazkanlah. Alhamdulillah.

Seperkara lagi aku nak kongsi.
Seorang penulis buku, bila dia menulis, mesti start dengan "bismillah" dan "alhamdulillah".
Seorang khatib, bila membaca khutbah, mesti start dengan "bismillah" dan "alhamdulillah".
Alhamdulillah bermaksud segala puji bagi Allah.
(Aku nak cakap pasal pujian)

Perasan tak?
Melainkan kalau korang tak baca muqaddimah buku tu.
Atau korang tak dengar khutbah jumaat.
(Tapi mesti korang ada dengar ceramah-bagi perempuan)

Sebab?
Kerana apa yang dimulakan adalah nikmat daripada Allah.
Nikmat apa?
Nikmat ilmu, nikmat nasihat, nikmat kata-kata yang baik.
Allah bagi nikmat untuk kita rasa semua tu.
Lepas tu boleh kongsi dengan orang lain.

Nak katanya kat sini, orang yang bercakap dan orang yang menulis tu, dia puji Allah.
Sebab Allah yang bagi nikmat.
Mendahulukan pujian terhadap pemberi nikmat sebelum menceritakan nikmat (kata-kata yang baik, nasihat, etc) tersebut.

Korang sedar tak benda-benda tu semua adalah nikmat?
Bila dengar ceramah tadi, aku baru perasan, baru sedar.
Selama ni aku tak terfikir macam tu pun.
Jahilnya aku.
Bila aku tau banyak benda, aku rasa lagi banyak benda yang aku tak tau.

Aku tak nak tulis panjang-panjang.
Tapi jadi panjang jugak.
Maaflah kalau korang rasa ayat aku agak berbelit-belit.
Kalau rasa nak tegur, silakan.

Aku masih belajar.
Banyak lagi yang aku tak tau.
Alhamdulillah Allah bagi aku peluang tambah ilmu.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Thursday, February 10, 2011

1st entry

Bismillah.
Alhamdulillah.

Akhirnya aku dapat buat blog ni.
Dah biasa blogwalking.
Baca tulisan orang.
Kali ni biar aku menulis pulak.


Tapi...
Aku nak tulis pasal apa?
Nantilah.
Yang tu aku fikirkan kemudian.


Ceh.
Bajet pandai la tu.
Entah-entah merapu je lebih.
Ah, pedulikanlah.

Sekian, entri pertama aku di sini.